Pada waktu pembelajaran, pelajar Madrasah Idrisiah memakai seragam iaitu jubah dan songkok Tripoli. Manakala baju melayu bersampin hijau digunakan sejak 1922 dan kekal hingga sekarang hanyalah digunakan untuk kegunaan di luar kawasan sekolah sahaja. Pada masa tersebut, iaitu 1948 Madrasah Idrisiah belum lagi menetapkan pemakaian pakaian seragam untuk ke kelas, yang diwajibkan hanyalah pemakaian songkok sahaja.
Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan, penunutut Madrasah Idrisiah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu kelas yang baru iaitu kelas akademik pada tahun 1963 dan matapelajaran itu telah diperkenalkan secara rasmi di Madrasah Idrisiah pada 1976. Dalam tahun sama, Madrasah Idrisiah juga telah menerima kemasukan pelajar puteri. Tetapi hanyalah dalam kuantiti yang kecil sahaja.
Pada ketika itu, Madrasah Idrisiah telah pula menjalankan pembelajaran hariannya selama lima hari seminggu iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Hari cutinya pula ialah pada hari jumaat dan sabtu.
i) Pejabat/Idarah bulat yang pernah berfungsi sebagai pejabat dan bilik guru, tetapi sekarang ia digunakan sebagai bangunan tetamu.
ii) Rumah guru yang didiami oleh mudir dan penolong kanan.pada asalnya terdapat 3 buah rumah guru tetapi satu daripadanya telah dirobohkan.
iii) Bangunan Induk yang pernah digunakan sebagai asrama, kelas dan maktabah/perpustakaan. Sekarng ia digunakan sebagai pejabat, bilik guru ,makmal komputer dan aktiviti pelajar.
iv} Berek Putih yang digunakan sebagai asrama namun ia telah dirobohkan.
v) Rumah Putih yang juga berfungsi sebagai asrama dan turut telah dirobohkan.
vi) Berek Merah yang turut berfungsi sebagai asrama.
vii) Rumah Merah yang menjadi kediaman penolong kanan sekolah.
viii) Madrasah Mariah iaitu merupakan bangunan tertua di sini yang telah dibina pada tahun 1876 dan pernah digunakan sebagai Madrasah. Sekarang ia digunakan sebagai asrama pelajar puteri.
Pihak pentadbiran Madrasah Idrisiah juga telah membina beberapa bangunan baru :-
i) Bangunan asrama pelajar putera
ii) Bangunan asrama pelajar puteri
iii) Bangunan Dewan dan Maktabah
iv) Bangunan kelas dan kantin
v) Bengkel kemahiran hidup
i) Tuan Haji Muhammad b. Haji Salleh (1922 hingga 1924)
ii) Tuan Syeikh Abdullah Maghribi (1924 hingga 1932)
iii) Tuan Syeikh Abdullah Fa'him (1932 hingga 1948)
iv) Tuan Syeikh Zubair b. Haji Ahmad (1948 hingga 1976)
v) Dato' Haji Abu Al Hassan b. Abdul Majid, DPMP (!976 hingga 1983)
vi) Tuan Haji Nawawi b. Hassan (1983 hingga 1985)
vii) Ustaz Musa Zainuddin, AMP, PJK (1985 hingga 1999)
viii) Tuan
Haji Kamaruddin b. Ahmad (1999 hingga sekarang)
Kini Madrasah Idrisiah sedang
dalam era untuk mengembalikan semula zaman kegemilangannya seperti masa-masa
lampau. Hasrat ini perlu bagi melahirkan para cendikiawan Islam yang bakal
mempelopori segala usaha untuk membangunkan semula keagungan Islam di muka
bumi Allah ini. Langkah ini juga bertujuan bagi memastikan institusi pendidikan
Islam akan dapat terus kukuh dan kekal dalam menghadapi masa depan yang
semakin mencabar.
Last Sekali Ana Edit 04/04/01